Powered By Blogger

Friday, September 3, 2010

NASI MINYAK, AYAM MASAK MERAH, DAGING KURMA

SUMBER: NORZAILINA NORDIN

NASI MINYAK

1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat)
250 g minyak sapi
2 helai daun pandan (disimpul)
1.55 l air
150 ml susu cair
garam secukupnya
80 g. gajus }
50 g. bawang goreng } bahan hiasan
100 g pis hijau }

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 buah pelaga

Bahan dikisar:

8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm halia

1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan
kisar. Kacau hingga terbit bau.
2. Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
3. Bubuh pula daun pandan, air, garam dan susu. Kacau
sekali-sekala hingga menggelegak.
4. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak. 5. Taburkan bahan hiasan semasa menghidangnya.


AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam (1.5 kg, dipotong 8)
Garam, serbuk lada hitam secukupnya
1 camb rempah kari } bahan perap
1 camt serbuk kunyit }
340 g tomato sos
2 labu bawang besar (dibelah 2 & dihiris)
Minyak untuk menggoreng terendam
Garam, gula secukupnya

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

Bahan dikisar:

6 biji cili merah
4 biji cili hijau
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
4 cm halia muda
2 camt ketumbar }
1 camt jintan putih } disangai
cam t jintan manis }

1. Perap ayam, garam, lada hitam dan bahan perap selama 30 minit. 2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
3. Keluarkan kecuali 3 camb minyak, bubuh bawang besar dan
bahan penumis, kacau 1-2 minit.
4. Masukkan bahan kisar, kacau hingga terbit minyak.
5. Bubuh pula sos tomato. Setelah sebati, masukkan ayam. Tutup
sebentar agar ayam masak. Bila kuah elok pekatnya, angkat dan
hidangkan.

DAGING KURMA
600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm)
3 camb minyak
3 camb rempah kurma
1 l santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
400 g ubi kentang }
3 biji tomato } dibelah 4
2 labu bawang besar }
2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus
2 biji cili hijau }

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan Kisar:

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji buah keras

1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit.
2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Bila terbit bau, bubuh
pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya.
4. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak
dan daging separuh empuk.
5. Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut.
6. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.

No comments: