Powered By Blogger

Friday, September 3, 2010

ACAR TIMUN CIK YAM (MAK AKU LAH NI...AKU PANGGIL CIK)

BAHAN A:

2 biji timun } di potong memanjang
1 biji lobak merah } dipotong memanjang
3 biji cili merah } dibelah dua
3 biji cili hijau } dibelah dua
1 @ 2 biji bawang besar } di belah empat

Kesemua bahan ini direndam dalam air kapur. Ini adalah untuk meranggupkan bahan bahan diatas supaya tidak lembik semasa dimasak.


Bahan bahan untuk ditumis:- (B)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis

segenggam udang kering @ ikan bilis } ditumbuk
6 biji bawang merah } dihiris
3 biji bawang putih } dihiris
1 inci halia } dihiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu besar kerisik
1 sudu cuka
Garam & Gula secukup rasa

Cara caranya :
1-Tos bahan A dan bilas.
2-Tumis kulit kayu manis,bunga lawang, bahan bahan (B) yang telah dihiris dan ditumbuk tadi bersama kunyit serta jintan manis -- kuning
3-Campur kerisik, garam, gula dan cuka sambil dikacau hingga sebati
4-Masukkan bahan A yang telah ditoskan tadi , kacau sebati selama 3 minit kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan

No comments: