Powered By Blogger

Sunday, November 22, 2009

Kari Kepala Ikan ( Resepi Chef Liza )

sumber; http://ohhindahnya.blogspot.com/2009_10_01_archive.html

Assalamualaikum...
Maaf semua, kita tak sihatlah, dah 2 hari demam tapi sempat jugalah masak. Resepi ni dari chef idola kita iaitu chef liza zainol dari rancangan Kulinari Daisy Chef Liza semasa bulan puasa aritu. Resepi beliau nih memang ada kelainan sedikit. Tak dapat rasa masakan chef, dapat mencuba resepi beliau pun syukur alhamdulillah. Okey kita tengok resepi beliau.

Bahan-Bahan
Bahan A: 1 biji Kepala Ikan Jenahak (kita guna ikan merah)
2 potong Isi Ikan

Bahan B: Tumis
1 sudu besar Minyak Masak Daisy Blend
1 biji Tomato merah – dipotong dadu
4 ulas Bawang merah - mesin
4 ulas Bawang putih – mesin
1 tangkai Daun Kari
1sudu kecil Halba Campur

Bahan C: Campur dan sebatikan:
4 sudu besar Rempah Kari Daging
3 ulas Bawang Merah – mesin
3 ulas Bawang Putih - mesin
1 sudu besar Cili Mesin
2 cawan Air

Bahan D: 10 batang Kacang Bendi
3 biji Tomato Merah
3 cawan Santan Sederhana
1 cawan Air Asam Jawa
1 batang Daun Bawang
1 sudu kecil Garam
½ sudu kecil Gula
CARA-CARA:

Panaskan Minyak Masak Daisy Blend. Tumis tomato merah, masak sehingga lembut.
Masukkan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur, biar garing.
Masukkan bahan C yang telah dicampur, masak sehingga hilang bau rempah.
Masukkan air asam jawa dan santan sederhana.
Bila mendidih, masukkan kepala ikan jenahak dan isi ikan.
Masukkan kacang bendi, tomato merah dan daun bawang.
Masukkan garam dan gula.
Masak sehingga pecah minyak.
Siap untuk dihidang.

No comments: