Powered By Blogger

Tuesday, September 14, 2010

mihun goreng tomyam..

aku goreng mihun ni sempena umah mak aku buat ayam bakar...ayam bbq lah tu..
biasanya setiap kali raya kami adik beradik 10 orang akan buat makan2..bakar ayam, masak mi, jamu anak2 sebelum masing2 balik ke tempat kerja semula...maklumlah setahun sekali baru dapat berkumpul sama sama...tu pun raya ketiga atau raya keempat baru boleh buat...setelah semuanya ada..

bahan;

3 bungkus mihun
setengah kg udang basah
sawi
bawang merah 20 ulas
bawang putih 10 ulas
serai 3 batang
cili boh ikut suka
cili padi ikut suka
daun limau purut
garam
gula
aji
kicap sikit
sos tiram sikit
sos cilisikit
sos tomato sikit

cara;

tumbuk bawang merah & bawang putih
tumis
boh lada boh
boh rempah tomyam
bila naik minyak boh udang, garam,gula,sos - kacau
boh mihun
boh sayur,serai dan lada jarum...
kacau hingga masak..

resepi copy dari sini
atau yang dipaste di bawah ini...

Bihun Goreng TomYam

Bahan-bahannya:
1 paket bihun
Isi ayam, Daging, Udang, Sotong (terpulang pada individu)
Carrot, Kobis Bunga, kobis bulat, putik jagung, capsicum (terpulang pada individu)
Daun Limau Purut
Pes Tomyam/kiub tomyam
Serai
Bawang merah & bawang putih
Cili Padi
Cili kering yg dikisar
Asam keping
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Rendam dahulu bihun di dalam air.
2. Potong isi ayam,daging,udang,sotong kecil2..terpulang.
3. Potong sayur-sayuran
4. Tumbuk bawang merah+putih+cilipadi
5. Panaskan minyak
6. Tumis bahan-bahan tumis iaitu (4)
7. Kemudian masukkan cili kering yg dikisar sedikit (ikut kepedasan individu)
8. Setelah garing, masukkan bahan-bahan (2).
9. Masukkan pes tomyam, cili sos sedikit, tomato sos sedikit. Dan masukkan sekali asam keeping dalam 2-3 keping.
10. Kemudian masukkan sayuran yg keras2..seperti carrot,kobis bunga,putik jagung.
11. Masukkan bihun dan kacau sehingga rata
12. Masukkan sayuran kobis & capsicum
13. Masukkan garam secukup rasa & tutup api sekiranya dah masak.(daun limau purut taruk last skalie..nantie pahit lak)
14. Hidangkan dan hiaskan dengan bawang goreng & daun bawang

No comments: