tepek lagi..
Harum Manis
Kiriman : Jeni
Sumber : Siti Mastura
semalam nak perabiskan pisang sebelum dia lembik dan lebam, saya cuba resipi Harum Manis ni. Memang sedap apam ni. Lain dari yang lain sebab ada pisang slice kat atasnya. Mula-mula ingatkan akan terasa kegulamerahannya. Tapi rasa saya, rasa pisang tu dah meresap dalam apam tu. Memang yummy. Encik suami makan 7 ketul sekali hadap.
Saya ikut tips Leen Kakaktomei. Letak separuh saja dalam acuan lompang tu sebab dia naik membuak dan menyenget macam menara pisa bila letak 3/4 acuan. Memang satu adunan dapat dalam lebih kurang 40 ketul.
Bahan-bahannya
300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
(3 bahan diatas diayak)
1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
Cara-caranya
1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
2. Pukul telur dan gula hingga naik.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
4. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
5. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
6. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan tiga suku penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.
7. Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu
No comments:
Post a Comment