harap ini dapat membantu, wallahualam..
Cara Mandi Wajib
Soalan:
Bagaimanakah cara mandi wajib yang sebaiknya, maksud saya adakah dengan meratakan air terlebih dahulu? Dan bolehkah kita mandi wajib dengan air yang ditakung di dalam kolah yang tidak cukup 2 kolah, tetapi dalam masa yang sama air paip dibenarkan mengalir terus ke dalamnya?
Wan, Alor Setar
Jawapan:
Cara mandi wajib yang paling baik ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidhi.
1. Membaca basmalah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar
2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wudhu' sebagaimana biasa kecuali kaki. jangan dibasuh dahulu kaki. Ia akan dibasuh selepas mandi nanti..
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali cebokan air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10. Membasuh kaki.
Boleh mandi junub dari bekas yang tidak sampai 2 kolah dengan syarat hendaklah menggunakan cebok kemudian menjiruskan ke seluruh badan, bukan dengan cara berendam di dalamnya. Pastikan air yang digunakan untuk menjirus badan itu tidak terpercik masuk ke dalam bekas yang tidak sampai 2 kolah itu. Menurut riwayat At-Tirmidhi dalam sahihnya Rasulullah SAW mandi junub dengan hanya satu gantang air sahaja. Satu gantang air masih belum sampai 2 kolah. Baginda tidak berendam di dalam bekas yang baginda SAW ambil air darinya itu.
Sila rujuk buku:
1. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah' DN 148
Hadas Besar
Ini adalah dari keratan email yg masih saya simpan. Harap dapat membantu
Bagi memastikan air itu boleh menyucikan dan berwuduk, sukatan air hendaklah
melebihi dua kolah. Antara bentuk kolah ialah kolah empat segi tepat atau
kolah bulat. Bagi kolah berbentuk empat persegi tepat panjang, lebar dan
dalamnya ialah 60 sm atau 22 inci.
Bagi kolah berbentuk bulat ukur lilitnya 45 sm atau 18 inci dan dalamnya
62.5 sm atau 25 inci. Isipadu airnya pula ialah sebanyak 174 liter atau
mengikut ukuran lama 9 2/3 tin minyak tanah (Fadzil Hj. Ahmad, 22).
Kurang daripada dua kolah mungkin menjadikan air itu air mustakmal,
mutanjjis dan sebagainya. Bagaimanapun air yang bersih (mutlak) di dalam
baldi boleh digunakan untuk bersuci atau berwuduk.
Yan
http://biovco.tripod.com
No comments:
Post a Comment