Powered By Blogger

Saturday, September 18, 2010

malam tadi aku masak ketupat sotong


ni yang belum di rebus ngan santan..yang dah masak dah licin tak sempat nak snap..

oleh kerana hari ini anak aku akan ke asrama maka dia mintak nak makan ketupat sotong yang umi dia masak...anak aku kata yang umi masak sedap sangat...banggalah umi dia tu...
ketupat sotong (resepi warisan cik aku)
sotong basah 2 kg basuh bersih buang kepala
beras pulut agak2lah..(aku sukat 1 sudu mumbung untuk 1 ekor sotong = style aku nak agak beras pulut)
santan pekat
santan cair
garam
gula
bawang merah
halba
serai 1 batang - ketuk dulu
lidi

cara;
rendam beras pulut dengan santan pekat - 2 jam
masukkan beras dalam badan sotong
kemaskan dengan lidi

rebus ngan santan cair
kalau ada lebihan santan pekat tadi masukkan sekali
boh garam, gula, halba, bawang dan serai..masaklah seperti biasa..

No comments: