Powered By Blogger

Saturday, September 18, 2010

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita.
Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.
Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya.
Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Foward by:

Pn. Asni Selamat

malam ni aku masak jjeput bawang


bahan;

gandum
bawang besar mayang atau dadu
laga hidup mayang
ikan ayer kukus
majerin sesudu
garam
gula
aji
kalau suka letak soda sikit
air (aku suka jjeput yang lembik sikit)
minyak

cara;
gaul semua bahankecuali minyak..pastu goreng..makan ngan sos cili..

p/s;kacau teh o panas makan ngan jjeput bawang ni..fuh..berpeluh lah jugak..

hanya berkongsi...

aku terima melalui email...
Subject: Dari Laporan Jais
As a forwarded…

Dari E-mail teman....rasanya tuan SongkokPutih ada post artikel ni...Tapi takper lah, dipostkan sekali lagi & dieditkan sedikit supaya kita sentiasa beringat...

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/ premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.



Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.
Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)


Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.



Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).

Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh , Indonesia dan orang Kashmir . Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adaka lan ya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:


Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate;

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pe lan ggannya (melalui resit beliannya di bawah).


Di langgani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bu lan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Quote:

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak lan gkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.



Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk lan gsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.





Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)


KEGUNAAN Halba

Foward by:Pn. Asni Selamat
Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ' (Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa ' . Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat ' ( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua..

raya 1

anakku adib..gambar tak berapa jelas..ambik dalam keadaan tergesa-gesa..suamiku dah menunggu lam kete nak ke masjid

malam tadi aku masak ketupat sotong


ni yang belum di rebus ngan santan..yang dah masak dah licin tak sempat nak snap..

oleh kerana hari ini anak aku akan ke asrama maka dia mintak nak makan ketupat sotong yang umi dia masak...anak aku kata yang umi masak sedap sangat...banggalah umi dia tu...
ketupat sotong (resepi warisan cik aku)
sotong basah 2 kg basuh bersih buang kepala
beras pulut agak2lah..(aku sukat 1 sudu mumbung untuk 1 ekor sotong = style aku nak agak beras pulut)
santan pekat
santan cair
garam
gula
bawang merah
halba
serai 1 batang - ketuk dulu
lidi

cara;
rendam beras pulut dengan santan pekat - 2 jam
masukkan beras dalam badan sotong
kemaskan dengan lidi

rebus ngan santan cair
kalau ada lebihan santan pekat tadi masukkan sekali
boh garam, gula, halba, bawang dan serai..masaklah seperti biasa..

Thursday, September 16, 2010

raya 6

biasanya kg aku sangat meriah bila raya 6...semua penduduk kg akan keluar berduyun-duyun ke kubur dengan macam-macam jenis makanan untuk di sedekahkan kepada pengunjung tanah perkuburan khususnya kaum lelaki yang bergotong-royong membersihkan kawan perkuburan..ada yang bawak nasi dagang, nasi minyak, mihun goreng, tapai, ketupat, lemang, rendang, kuih raya, biskut dan macam aneka lagi..aku..he..he..kebetulan kemareng aku gi kuantan, dan dalam perjalanan balik singgah pulak beraya di seri bandi, maka tak sempatlah aku masak apa2...

oleh kerana pagi semua orang dah kenyang maka nasi yang aku masak terpaksalah aku buat nasi goreng...oleh sebab bulan puasa tak rasa nak makan nasi goreng campak2 maka hari ini aku buatlah nasi goreng ini...

senang jerk...

    1. nasi goreng campak-campak

      nasi sejuk 3 pinggan
      ikan ayer goreng 4 ketul
      bawang merah 7 ulas
      bawang putih 3 ulas
      lada jarum segenggam (aku suka pedas..jadi aku guna 2 genggam)
      sayur sawi
      kicap sikit
      garam kasar
      aji
      gula
      minyak

      cara;
      tumbuk bawang merah, bawang putih, lada jarum, dan garam
      kasar......tumis hingga naik minyak.....buh ikan tumbuk..buh
      perasa...kacau...boh nasi, sayur dan lain...kacau rata..hidang
      ngan timun batang...telur goreng mata...teh o peng limau nipis
    2. menu tambahan
      ikan kerisi - siang jangan buang sisik - basuh bersih - perap ngan
      garam kasar - lok 30 minit hingga sejam...goreng semasa nak makan...baru krup..krup..krup..wala...makan sampai berpeluh.....pedas & panas..