mintak halal ya..
Bahan-bahan:
1 ekor ikan - dilumurkan dengan telur putih dan tepung jagung
5 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
10 tangkai cili kering - dikisar halus
1 labu bawang besar - dipotong 6
2 biji buah tomato - dipotong dadu
capsicum - dipotong dadu
nenas - dipotong kecil atau dadu
karot - dipotong memanjang
timun - dibuang hatinya dan dipotong dadu
daun bawang - dihiris panjang
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
beberapa titik minyak bijan
1 kiub stok ayam
sedikit tepung jagung - dibancuh dengan seikit air
300ml air
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
cara:
goreng ikan sehingga garing
angkat dan ketepikan
panaskan minyak
tumiskan bawang putih, halia dan cili kisar sehingga garing
selepas itu masukkan stok ayam, sos tiram, sos tomato, minyak bijan, semua sayuran dan bawang besar
kacau rata dan tumiskan sebentar
kemudian barulah dimasukkan air dan rasa
tambahkan garam jika perlu dan serbuk lada sulah
pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung
akhir sekali masukkan hirisan daun bawang
tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi
hidangkan dengan nasi dan lauk yang lain
source: k.rossya
---------------------------------------------------------------------------------
Ikan kukus serai
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu - bersihkan dan kelar2
Bahan2 hiris:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam - jika perlu
1 sudu besar sos nampla (sos ikan)
Bahan2 hiasan:
daun ketumbar/daun sup - dipotong kecil
hirisan carrot
jus limau kasturi/lemon/limau nipis secukupnya
cara:
Sediakan bekas untuk mengukus
Bersihkan ikan dan letakkan ke atas manguk kaca (tahan panas)
Taburkan bahan2 yang telah dihiris ke atas ikan tadi
Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu]
Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus
Masak/biarkan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit
Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau, perasakan
Hidangkan dengan nasi putih
source: k.hanieliza
-----------------------------------------------------------------------------
Ikan stim tiga rasa
Bahan-bahan (2 orang):
1 ekor ikan siakap - dalam 600gm
100ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya
Bahan2 dicincang halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan2 dihiris halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi
Bahan2 sos:
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plam
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis
cara:
sediakan kukus
lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 min
letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air
kukus ikan sehingga masak
sementara itu panaskan minyak
tumiskan bahan2 cincang selama 1 min
masukkan semua bahan2 sos dan kacau rata
bila mendidih, masukkan bahan2 hiris, air kukusan ikan dan garam
masak sehingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi
makanlah bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an
source: puan norzailina
----------------------------------------------------------------------------
Ikan tiga rasa resepi III
Bahan-bahan:
500gm ikan bawal / ikan siakap
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar halia yang telah dicincang
1 sudu besar bawang putih yang telah dicincang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili sos
beberapa titik minyak bijan - optional
2ooml air
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
3 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar
minyak secukupnya
cara:
panaskan minyak
campurkan kedua2 jenis tepung
lumurkan ikan dengan serbuk lada sulah
sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak
toskan minyaknya dan ketepikan
setelah itu panaskan 3 sudu besar minyak
tumiskan halia dan bawang putih sekejap cukup sekadar layu sahaja
masukkan air,kecilkan api dan renehkan buat seketika
setelah itu masukkan ketiga2 sos dan kacau rata
masukkan pula beberapa titik minyak bijan dan bancuhan tepung jagung
kacaukan sebati
padamkan api dan tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi
taburkan daun ketumbar dan cili merah cincang
hidangkan bersama2 dengan nasi dan lauk pauk
source: noormasri
---------------------------------------------------------------------------------
Kung pao fillet 'o' fish
Bahan-bahan:
isi ikan merah atau ikan dori - dipotong kiub dan digaulkan bersama2 dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - diketuk
1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
air asam jawa secukupnya
5 tangkai cili kering - dipotong dua dan direndam
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 camt sos Lea Perrin & worchestershire
nenas - dipotong kiub
timun - dibuang empulur dan dipotong kiub
buah tomato - dipotong kiub
kacang gajus - digoreng sekejap
cara:
ikan yang telah siap dilumur tadi di goreng dengan minyak terendam sehingga garing. ketepikan
panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan semua jenis bawang sehingga layu
kemudian masukkan cili kisar dan air asam jawa. tumis sehingga naik minyak
setelah itu masukkan pula semua jenis sos dan tumis sehingga kuah likat dan pekat. tambahkan sedikit air jika hendakkan kuah lebih
masukkan garam dan gula secukup rasa. gaulkan sebati
kemudian masukkan ikan goreng tadi bersama2 dengan cili kering
akhir sekali barulah dimasukkan nenas, timun, buah tomato dan kacang jagus
kacaukan semua bahan supaya sebati
hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lauk pauk yang sewaktu dengannya
source: rinnchan
No comments:
Post a Comment