Bahan-bahan
1 biji nenas
125 ml minyak makan
125 ml santan pekat
6 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan gula
garam secukup rasa
air secukupnya
Bahan untuk menumis
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih dihiris
6 cm halia
6 cm kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
BAHAN HIASAN
3 biji cili hijau dipotong dua
3 biji cili merah dipotong dua
2 biji bawang besar dipotong empat
Cara-cara
· Nenas dibuang kulitnya dan potong nipis setengah inci. Celur sedikit bersama dengan air dan garam, asingkan.
· Panaskan minyak, tumis bahan penumis dan bahan hirisan sampai wangi.
· Masukkan rempah yang telah dicampur air untuk dijadikan pes. Goreng sampai masak.
· Masukkan sedikit air dan didihkan. Masukkan kepingan nenas, selepas itu gula, santan dan kerisik.
· Masak untuk beberapa minit dengan api yang perlahan.
· Masukkan bahan hiasan kacau dan padamkan api.
PAJERI NENAS (2)
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
· Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
· Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
· lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
No comments:
Post a Comment