Powered By Blogger

Wednesday, December 2, 2009

PIZZA

Untuk dough :
500 g tepung gandum
1 sudu besar yis (mauripan)
1 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 subu besar oregano
2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan air ( boleh tambah kalau tak cukup)

Bahan-bahan di atas dicampurkan dan diuli. Kemudian biarkan dough tu naik sendiri.

Layer sos:
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 cawan air (kurang pun takpe)
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)

Bahan-bahan diatas dicampurkan dan diletak atas api. Tak perlu bubuh minyak. Kacau sampai agak likat.

Layer sos ini untuk disapukan di atas dough sebelum diletak topping yang lain supaya pizza berasa juicy dan tak rasa kering.

Topping & sos:
Minyak
1-2 sudu besar serbuk cili (ikut kepedasan)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Oregano

Cara-cara
· Untuk bahan-bahan topping terpulang pada anda. Boleh letak daging ayam cincang, sausage, nenas, cili capsi*****, mozarella cheese, etc. Mula-mula tumis dulu kesemua bahan-bahan daging tu, kemudian baru masukkan bahan-bahan di atas.

· Pesanan cikgu memasak tu : selepas sapu layer sos pada dough , taburkan sedikit cheese supaya ia dapat memegang topping2 tadi so masa kita gigit dia tak jatuh-jatuh. selepas bubuh topping, taburkan lagi cheese mozarella tu.

No comments: