Powered By Blogger

Wednesday, December 2, 2009

SAMBAL GORENG

Bahan-bahan
2 keping tahu (dipotong kecil empat persegi)
4 keping tempeh (dipotong kecil empat persegi)
1/2 kg tetel daging (rebus hingga empuk dan dipotong kecil)
10 batang kacang panjang
asam dan belacan sebesar ibu jari
4 sudu makan gula atau secukupnya
garam dan perasa

Dihiris halus and goreng hingga layu.
3 biji bawang besar dihiris halus
6 biji bawang putih dihiris halus
10 biji lada merah & lada hijau dihiris halus

Tumbuk
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
lengkuas sebesar ibu jari
halia sebesar ibu jari
2 batang serai
6-8 sudu makan cili kisar

Cara-cara
· Goreng tahu, tempeh, kacang panjang dan tetel berasingan.
· Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan perasa. Gaul asam dan belancan dengan semangkuk air. Tapis dan masukkan kedalam tumisan tadi.
· Setelah mendidih, rasa dan tambah apa yang kurang.
· Selepas itu, masukkan bahan yang digoreng serta lada dan bawang yang digoreng. Kacau hingga rata.
· Anda boleh tambahkan air panas jika and tidak mahu sambal goreng tadi terlalu kering.

sumber; http://wamildin.multiply.com/recipes

No comments: