Powered By Blogger

Wednesday, December 2, 2009

CENDAWAN CHEESE OMELETTE

Bahan-bahan
4 biji telur
cheddar shredded Cheese
button mushroom
black pepper powder
1 susu makan susu cair

Cara-cara
· Potong button mushroom - sederhana tebal.
· Pecahkan telur, campur sedikit susu cair atau susu segar.
· Kacau rata (macam telur dadar).
· Panaskan kuali (letak minyak sedikit sahaja tapi rata satu kuali).
· Dah panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jangan api besar.Jangan terbalikan telur. Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagianatas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
· Taburkan black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak

====================================================================================
TELUR DADAR IKAN BILIS

Bahan-bahan
2 biji telur ayam
50 gm ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
secubit kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara
· Pukul telur bersama ikan bilis, sos tiram, sos tomato dan sos cili.
· Masukkan kunyit dan garam. Pukul sehingga kembang.
· Panaskan minyak. Goreng telur tersebut dan hidangkan daun sup dan daun bawang.
===============================================================================
TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
5 biji telur
1/2 camca teh lada sulah
2 tangkai daun ketumbar dihiris halus
2 camca besar minyak

Bahan-bahan Inti
150 g daging cincang
2 cm halia dihiris
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih dihiris
Sedikit serbuk lada putih
3 biji bawang besar dicincang
1 camca teh serbuk kunyit
2 biji cili hijau dibuang biji dan dihiris
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya
· Daging diperap bersama halia, garam dan bawang putih dan serbuk lada putih selama 15 minit.
· Tumiskan bawang besar hingga kekuningan. Masukkan serbuk kunyit, cili hijau dan daging yang sudah diperap. Goreng daging hingga kecut.
· Masukkan tomato dan sedikit air dan masak hingga air kering. Ketepikan.
· Pukul telur bersama serbuk lada putih dan daun ketumbar.
· Panaskan kuali dan dadarkan telur. Masukkan inti daging dan lipat dua. Biarkan telur masak kekuningan

sumber;wan ngail

No comments: