Bahan-bahan (8-9 keping):
200gm tepung naik sendiri
20gm gula kastor
2 biji kuning telur
50gm mentega - dicairkan
250ml susu segar
1/4 camt garam
1/2 camt esen vanila
1 biji putih telur - dipukul separuh kental (pukul dengan menggunakan hand whisker)
Bahan2 taburan:
mentega
gula pasir
kacang tumbuk
jagung
sedikit mentega - untuk dilengser
cara:
campurkan tepung dan gula ke dalam mangkuk adunan
kemudian masukkan pula susu, kuning telur, mentega cair, garam dan esen vanila
pukul dengan menggunakan hand whisker sehingga tidak bergentel
kemudian kaupbalikkan adunan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati
pastikan adunan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair
lengserkan kuali non-stick dengan sedikit mentega
kemudian ambil satu senduk adunan dan ratakan di atas kuali (tebal atau nipis bergantung pada selera masing2)
pastikan api perlahan kerana ia mudah hangus
taburkan gula, 1 camt mentega, kacang dan jagung
apabila sudah masak bolehlah dilipat dua
potong dan hidangkan
note: senang dan sedap
source: puan norzailina nordin
No comments:
Post a Comment