Powered By Blogger

Tuesday, December 29, 2009

RESEPI 1, RESEPI 2, RESEPI 3

Ayam Serai Thai

aku ambik dari blog skyblue@myresipi.com
Rasa pedas, manis dan masam... sedap.

Bahan-bahan ( 2 orang )
• 6 ketul kepak ayam, bahagian tengah
• 1 sudu kecil sos ikan
• 1 sudu besar jus lemon
• *3 batang serai, guna bahagian putih sahaja
• *2-3 biji cili api (*dikisar)
• 1 sudu kecil gula, boleh diganti dgn syrup atau honey
• Garam secukup rasa
• 1 sudu kecil minyak masak
• Daun sup dan lemon untuk hiasan

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 kecuali yg bertanda # ke dalam zip lock bag. Gaulkan sehingga rata. Simpan/perap dalam peti sejuk selama 1 jam. Nak sedap lagi, simpan overnight.

2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.

3. Lapiskan baking tray degan aluminum foil, sapukan degan minyak masak. Letakkan ayam yang telah diperap ke atasnya dengan bahan perap sekali.

4. Bakar selama 15 minit untuk bahagian atas dan bawah. Lepas itu, oven grill sehingga permukaannya jadi perang sikit.

5. Letak ayam didalam pinggan dan tuangkan kuah dia ke atasnya, hiaskan dgn daun sup dan lemon.
==================================================================================
TOMYAM AYAM

resepi yang biasa aku guna..


Bahan-bahan
Bahan A
1 ekor ayam [potong kecil]
4 - 6 batang carrot [potong pendek]
kubis cina sebelah
4 biji bawang besar (dihiris)
4 batang serai (diketuk)
20 biji cili padi (diketuk)
seketul lengkuas muda (diketuk)
1 labu bawang putih (diketuk)
2 pek pes tomyam ADABI
2 batang celery (potong kecil)
Setangkai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya
bunga kobis (aku bubuh ikut suka )
6 biji tomato (dibelah 4)
6 biji limau nipis (ambil jus)
2 pokok daun ketumbar (cincang)
asam keping


Cara Memasak
1. Aku tumis dulu serai ngan bawang putih. Pastu aku masukkan pes tomyam dan lengkuas. Apabila naik minyak aku masukkan ayam...bubuh tomato buah...bubuh air sikit..bila gelegak, aku boh air untuk kuahnya..didihkan...bubuh asam keping dulu.

2. Lepas tu aku masukkan sayuran yang keras . Masukkan baki yang lain. Biarkan mendideh dan tutup api.

3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.
====================================================================================
STEAMBOT TOMYAM AYAM

Bahan-bahan
2 ekor kerangka ayam [potong kecil]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji tomato (dibelah 4)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

SOS CILI

Bahan Mesin:
10 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b oren sunquick

Bahan Tumis:
minyak
gula
garam

Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam.

2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai.

SOS CILI:
1. Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak.

2. Bila telah wangi masukkan gula dn garam.

3. Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.

RESEPI SIFU KAK HANIELIZA...2007

No comments: