Powered By Blogger

Wednesday, December 2, 2009

Rich chocolate moist cake

Bahan-bahan:
6 oz (170gm) mentega
14 oz (397gm) gula kastor
3 biji telur

Bahan2 A - dibancuh:
1 sudu teh nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate atau coffee emulco / chocolate atau coffee paste

Bahan2 B - diayak bersama:
8 oz (226gm) tepung high protein (tepung roti) - boleh juga digunakan self-raising flour atau tepung kek
2 1/4 oz (64gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk

cara:


griskan loyang kek saiz 9" dan lapikkan dengan parchment paper, ketepikan
pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga gebu dan kembang. apabila di angkat adunan tidak jatuh
masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
kemudian masukkan bahan2 A tadi sambil dipukul lagi
setelah itu dengan menggunakan whisker, masukkan Bahan2 B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan whisker dengan satu arah sahaja secara perlahan2 sehingga adunan rata dan sebati
masukkan air sejuk sambil di kacau lagi sehingga sebati
tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin
bakar pada suhu 170C selama 50-60 min atau sehingga masak. suhu bergantung pada oven masing2
setelah siap keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah disapukan dengan chocolate icing
Bahan2 untuk icing:
1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau ape2 jenis minyak masakan
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

cara:

1. campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk
2. masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan menggunakan whisker
3. setelah itu masukkan garam dan esen vanila. kacau lagi
4. tak perlu sehingga adunan sampai menggelegak
5. agak2 kepekatan icing
6. bila dah puas hati dengan kepekatan icing, tutupkan api
7. biarkan icing betul2 sejuk barulah disapukan ke atas kek tadi

note: jika inginkan kek lagi moist bolehlah dikukuskan selama 1 1/2 jam dan tutupkan loyang kek dengan aluminium foil

source: k.noor hannah
-------------------------------------------------------------------------------------
Chocolate cake resepi II
Bahan-bahan:
125gm mentega - pada suhu bilik
2/3 cawan (134gm) gula pasir
1/3 cawan (43gm) gula aising
1 1/4 cawan (156gm) tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan (64gm) serbuk koko
1 camt soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 camt esen vanila

Bahan2 chocolate icing:
1 cawan gula aising
1 camb serbuk koko
1 1/2 camb air panas
1 camt esen vanila

Bahan2 rich chocolate butter cream:
50gm dark/plain chocolate - chopped
25gm unsalted butter
1/4 cawan gula aising
2 camt fresh cream

cara:


griskan tin kek berukuran 23cm atau 8 inci. ketepikan
ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat sebanyak tiga kali. ketepikan
di dalam mangkuk adunan pukul mentega gula pasir dan gula aising sehingga gebu dan ringan (apabila dikaup dengan spatula adunan tidak jatuh)
masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata
kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
kaupbalikkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan sambil dikacau rata
tuangkan adunan ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 180C selama 40-45 min atau sehingga masak
matikan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
keluarkan kek dan biarkan sejuk sebelum disapukan dengan butter cream
cara untuk membuat chocolate icing: masak secara double boiler sehingga semua bahan sebati dan tuangkan ke atas kek tadi
cara untuk membuat chocolate buttercream: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau sehingga adunan sebati. setelah itu bolehlah disapukan ke atas kek tadi
OPTIONAL: kalau sukakan kek cokelat perisa jam bolehlah dikurangkan 1/2 cawan gula pasir dan gantikan dengan 1/4 cawan jam raspberry/blackberry/strawberry dan dikuti dengan esen vanila - Step 5
source: k.ida, 1001 (cara diubah sedikit)
mintak halal daripada tuan rumah@http://noreen-homecooking.blogspot.com/2009/01/chocolate-cake-resepi-ii.html

No comments: