Powered By Blogger

Tuesday, December 29, 2009

RESEPI 1, RESEPI 2, RESEPI 3

Ayam Serai Thai

aku ambik dari blog skyblue@myresipi.com
Rasa pedas, manis dan masam... sedap.

Bahan-bahan ( 2 orang )
• 6 ketul kepak ayam, bahagian tengah
• 1 sudu kecil sos ikan
• 1 sudu besar jus lemon
• *3 batang serai, guna bahagian putih sahaja
• *2-3 biji cili api (*dikisar)
• 1 sudu kecil gula, boleh diganti dgn syrup atau honey
• Garam secukup rasa
• 1 sudu kecil minyak masak
• Daun sup dan lemon untuk hiasan

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 kecuali yg bertanda # ke dalam zip lock bag. Gaulkan sehingga rata. Simpan/perap dalam peti sejuk selama 1 jam. Nak sedap lagi, simpan overnight.

2. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.

3. Lapiskan baking tray degan aluminum foil, sapukan degan minyak masak. Letakkan ayam yang telah diperap ke atasnya dengan bahan perap sekali.

4. Bakar selama 15 minit untuk bahagian atas dan bawah. Lepas itu, oven grill sehingga permukaannya jadi perang sikit.

5. Letak ayam didalam pinggan dan tuangkan kuah dia ke atasnya, hiaskan dgn daun sup dan lemon.
==================================================================================
TOMYAM AYAM

resepi yang biasa aku guna..


Bahan-bahan
Bahan A
1 ekor ayam [potong kecil]
4 - 6 batang carrot [potong pendek]
kubis cina sebelah
4 biji bawang besar (dihiris)
4 batang serai (diketuk)
20 biji cili padi (diketuk)
seketul lengkuas muda (diketuk)
1 labu bawang putih (diketuk)
2 pek pes tomyam ADABI
2 batang celery (potong kecil)
Setangkai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya
bunga kobis (aku bubuh ikut suka )
6 biji tomato (dibelah 4)
6 biji limau nipis (ambil jus)
2 pokok daun ketumbar (cincang)
asam keping


Cara Memasak
1. Aku tumis dulu serai ngan bawang putih. Pastu aku masukkan pes tomyam dan lengkuas. Apabila naik minyak aku masukkan ayam...bubuh tomato buah...bubuh air sikit..bila gelegak, aku boh air untuk kuahnya..didihkan...bubuh asam keping dulu.

2. Lepas tu aku masukkan sayuran yang keras . Masukkan baki yang lain. Biarkan mendideh dan tutup api.

3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.
====================================================================================
STEAMBOT TOMYAM AYAM

Bahan-bahan
2 ekor kerangka ayam [potong kecil]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji tomato (dibelah 4)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

SOS CILI

Bahan Mesin:
10 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b oren sunquick

Bahan Tumis:
minyak
gula
garam

Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam.

2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai.

SOS CILI:
1. Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak.

2. Bila telah wangi masukkan gula dn garam.

3. Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.

RESEPI SIFU KAK HANIELIZA...2007

Wednesday, December 2, 2009

NASI BUQARI

Resepi ini asalnya dari Timur Tengah

Bahan-bahan
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka

Bahan menumis
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

Cara-cara
· Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan rempah campuran.
· Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubi dan bunga kobis, garam dan aji.
· Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.
· Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan karet , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.
-----------------------------------------------------------------------------------

NASI BOHARI AYAM

Bahan-Bahan
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bokhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

Cara Cara
· Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
· Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
· Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.

TAKO SIAM

http://wamildin.multiply.com/recipes
Bahan-bahanya untuk lapisan bawah:-
1 bungkus tepung hon kwee (tepung yang dalam paket macam sagun, ada berbagai warna, so pilih warna hijau)
4 tin air (gunakan tin jagung)
1 cawan gula
1 tin kecil jagung whole kernel - bukan jagung berkrim

Bahan untuk lapisan atas:-
4 cawan santan (daripada sebiji kelapa)
4 sudu besar tepung jagung
1 camt gula

Hiasan:-
½ kg sengkuang cina - dipotong dadu

Cara membuatnya:-
· Letakkan sengkuang cina ke dalam acuan yang telah diperbuat dari daun Pandan bentuk empat segi.
· Untuk lapisan bawah: campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang dibuat dengan daun pandan.
· Kemudian buat lapisan bawah pulak...masukkan santan, tepung jagung dan garam ke dalam periuk dan kacau hingga pekat.
· Kemudian tuangkan ke atas lapisan pertama tadi. Apabila telah siap sejukkan dan simpan dalam peti ais...hmm sungguh sedap...

ROTI JALA

http://wamildin.multiply.com/recipes
Bahan-bahannya:
tepung gandum secukupnya
1 mangkuk santan kelapa
2 biji telur
garam
daun pandan - diambil airnya sebagai pewarna
pewarna kuning jika ingin warna kuning....

Cara-cara
· Pukul telur dan campurkan semua bahan dan kacau sebati sehingga pekat. Tambah tepung jika adunan agak cair dan anda boleh mula menjala diatas kuali dengan acuan roti jala.

PIZZA

Untuk dough :
500 g tepung gandum
1 sudu besar yis (mauripan)
1 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 subu besar oregano
2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan air ( boleh tambah kalau tak cukup)

Bahan-bahan di atas dicampurkan dan diuli. Kemudian biarkan dough tu naik sendiri.

Layer sos:
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 cawan air (kurang pun takpe)
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)

Bahan-bahan diatas dicampurkan dan diletak atas api. Tak perlu bubuh minyak. Kacau sampai agak likat.

Layer sos ini untuk disapukan di atas dough sebelum diletak topping yang lain supaya pizza berasa juicy dan tak rasa kering.

Topping & sos:
Minyak
1-2 sudu besar serbuk cili (ikut kepedasan)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Oregano

Cara-cara
· Untuk bahan-bahan topping terpulang pada anda. Boleh letak daging ayam cincang, sausage, nenas, cili capsi*****, mozarella cheese, etc. Mula-mula tumis dulu kesemua bahan-bahan daging tu, kemudian baru masukkan bahan-bahan di atas.

· Pesanan cikgu memasak tu : selepas sapu layer sos pada dough , taburkan sedikit cheese supaya ia dapat memegang topping2 tadi so masa kita gigit dia tak jatuh-jatuh. selepas bubuh topping, taburkan lagi cheese mozarella tu.

ONDEH-ONDEH KELEDEK

Bahan-bahan
600g keledek (direbus dengan daun pandan, dikupas dan dilecek)
4 helai daun pandan (ditembuk dan diperah airnya)
4 susu makan penuh tepung gandum
1 ketul gula melaka (dikikis)
230g kelapa parut dibuang kulit
1 sudu teh garam (digaul dengan kelapa)

Cara-cara
· Titiskan air perahan dari daun pandan itu pada keledek lecek dan adunkan.
· Campur tepung, sedikit garam da adun lagi hingga sebati. Ambil sedikitadunan itu, leperkan dan letakkan sedikit gula Melaka di tengahnya.Bentukkan bulat-bulat.
· Jerang air sehingga mendidih. Masukkan kuih tadi satu persatu.Setelah timbul, angkat dan toskan, kemuduan selaput kiuh itu dengankalapa parut.

LAPIS KACANG HIJAU

Bahan-bahan
3 cawan gula pasir
6 cawan santan, dari 2 biji kelapa
1 1/2 cawan tepung sagu
3 cawan tepung kacang hijau
Pewarna kuning dan hijau

Cara membuatnya
· Tepung sagu dan tepung kacang hijau dimasukkan ke dalam mangkuk pengadun.
· Masukkan gula dan santan. Kacau semuanya hingga sebati dan hingga gula larut.
· Kemudian tapis bancuhan.
· Bahagi kepada dua, satu diwarnakan kuning dan satu lagi diwarnakan kuning.
· Sediakan loyang yang telah dilenser minyak. Ambil satu senduk adunan kuning dan ratakan ke dalamnya. Kukus selama lima minit.
· Ambil satu senduk adunan hijau dan lapiskan ke atas adunan kuning tadi dan kukus lagi selama lima minit.
· Ulang proses melapis hingga semua adunan habis digunakan. Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama sepuluh minit.

Nota:
* Tutup periuk kukus hendaklah dibalut dengan kain supaya wap air tidak jatuh ke atas kuih. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan."

JEMPUT-JEMPUT JAGUNG

Bahan-Bahan
500 gram Udang segar
2 batang Jagung muda
50 gram Daun kucai
5 batang Lada merah
3 biji Bawang besar
2 biji Telur
300 gram Tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Cara
· Udang dibuang kulit, dibersihkan dan dilomor dengan sedikit garam.
· Jagung diambil bijinya saja.
· Lada merah dibelah empat, buang bijinya kemudian dihiris tipis.
· Daun kucai dihiris.
· Bawang merah besar dipotong dadu.
· Campurkan kesemua bahan-bahan tadi.
· Kocok telur, gaul dengan kesemua bahan, akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit beserta air yang telah dicampurkan dengan garam secukup rasa, sehingga menjadi kental dan tidak begitu lembik.
· Simpan di dalam peti sejuk selama ½ jam sebelum digoreng.

COCKTAIL JELLY

Bahan - bahan
1 gelas agar-agar (basahkan utk disukat dlm gelas)
5 gelas air (saiz gelas yang sama)
I tin cocktail (asingkan isi dan air)
1 gelas air cocktail
3 sudu mangga juice (sebagai penyedap rasa dan penambah warna)
1 senduk gula (ikut citarasa masing-masing)

Cara-caranya
· Masukkan agar-agar + air + gula ke dalam periuk kemudian masakkan sampai semua sebati dan agar-agar benar-benar hancur kemudian masukkan air cocktail + mangga juice kacau hingga mendidih susun buah cocktail dalam acuan kemudian tuangkan agar-agar tadi kedalam acuan yang sudah sedia dengan buah cocktail biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais

CARAMEL

Bahan-bahan
8 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
1 1/2 tin gula melaka dimasak pekat
essence vanilla
1 tin mixed fruit

Cara membuatnya
· Pukul telur dan masukkan dalam mangkuk.
· Tuang susu and kacau.
· Tuang gula perlahan2 supaya tak bercampur dengan telur.
· Kukus ½ masak dan masukkan mixed fruit.
· Kukus semula hingga masak

CENDAWAN CHEESE OMELETTE

Bahan-bahan
4 biji telur
cheddar shredded Cheese
button mushroom
black pepper powder
1 susu makan susu cair

Cara-cara
· Potong button mushroom - sederhana tebal.
· Pecahkan telur, campur sedikit susu cair atau susu segar.
· Kacau rata (macam telur dadar).
· Panaskan kuali (letak minyak sedikit sahaja tapi rata satu kuali).
· Dah panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jangan api besar.Jangan terbalikan telur. Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagianatas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
· Taburkan black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak

====================================================================================
TELUR DADAR IKAN BILIS

Bahan-bahan
2 biji telur ayam
50 gm ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
secubit kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara
· Pukul telur bersama ikan bilis, sos tiram, sos tomato dan sos cili.
· Masukkan kunyit dan garam. Pukul sehingga kembang.
· Panaskan minyak. Goreng telur tersebut dan hidangkan daun sup dan daun bawang.
===============================================================================
TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
5 biji telur
1/2 camca teh lada sulah
2 tangkai daun ketumbar dihiris halus
2 camca besar minyak

Bahan-bahan Inti
150 g daging cincang
2 cm halia dihiris
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih dihiris
Sedikit serbuk lada putih
3 biji bawang besar dicincang
1 camca teh serbuk kunyit
2 biji cili hijau dibuang biji dan dihiris
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya
· Daging diperap bersama halia, garam dan bawang putih dan serbuk lada putih selama 15 minit.
· Tumiskan bawang besar hingga kekuningan. Masukkan serbuk kunyit, cili hijau dan daging yang sudah diperap. Goreng daging hingga kecut.
· Masukkan tomato dan sedikit air dan masak hingga air kering. Ketepikan.
· Pukul telur bersama serbuk lada putih dan daun ketumbar.
· Panaskan kuali dan dadarkan telur. Masukkan inti daging dan lipat dua. Biarkan telur masak kekuningan

sumber;wan ngail

SAMBAL GORENG

Bahan-bahan
2 keping tahu (dipotong kecil empat persegi)
4 keping tempeh (dipotong kecil empat persegi)
1/2 kg tetel daging (rebus hingga empuk dan dipotong kecil)
10 batang kacang panjang
asam dan belacan sebesar ibu jari
4 sudu makan gula atau secukupnya
garam dan perasa

Dihiris halus and goreng hingga layu.
3 biji bawang besar dihiris halus
6 biji bawang putih dihiris halus
10 biji lada merah & lada hijau dihiris halus

Tumbuk
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
lengkuas sebesar ibu jari
halia sebesar ibu jari
2 batang serai
6-8 sudu makan cili kisar

Cara-cara
· Goreng tahu, tempeh, kacang panjang dan tetel berasingan.
· Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan perasa. Gaul asam dan belancan dengan semangkuk air. Tapis dan masukkan kedalam tumisan tadi.
· Setelah mendidih, rasa dan tambah apa yang kurang.
· Selepas itu, masukkan bahan yang digoreng serta lada dan bawang yang digoreng. Kacau hingga rata.
· Anda boleh tambahkan air panas jika and tidak mahu sambal goreng tadi terlalu kering.

sumber; http://wamildin.multiply.com/recipes

Apam balik

Bahan-bahan (8-9 keping):
200gm tepung naik sendiri
20gm gula kastor
2 biji kuning telur
50gm mentega - dicairkan
250ml susu segar
1/4 camt garam
1/2 camt esen vanila
1 biji putih telur - dipukul separuh kental (pukul dengan menggunakan hand whisker)

Bahan2 taburan:
mentega
gula pasir
kacang tumbuk
jagung

sedikit mentega - untuk dilengser

cara:


campurkan tepung dan gula ke dalam mangkuk adunan
kemudian masukkan pula susu, kuning telur, mentega cair, garam dan esen vanila
pukul dengan menggunakan hand whisker sehingga tidak bergentel
kemudian kaupbalikkan adunan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati
pastikan adunan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair
lengserkan kuali non-stick dengan sedikit mentega
kemudian ambil satu senduk adunan dan ratakan di atas kuali (tebal atau nipis bergantung pada selera masing2)
pastikan api perlahan kerana ia mudah hangus
taburkan gula, 1 camt mentega, kacang dan jagung
apabila sudah masak bolehlah dilipat dua
potong dan hidangkan
note: senang dan sedap

source: puan norzailina nordin

PACERI NENAS

Bahan-bahan
1 biji nenas
125 ml minyak makan
125 ml santan pekat
6 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan gula
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan untuk menumis
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih dihiris
6 cm halia
6 cm kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
BAHAN HIASAN
3 biji cili hijau dipotong dua
3 biji cili merah dipotong dua
2 biji bawang besar dipotong empat

Cara-cara
· Nenas dibuang kulitnya dan potong nipis setengah inci. Celur sedikit bersama dengan air dan garam, asingkan.
· Panaskan minyak, tumis bahan penumis dan bahan hirisan sampai wangi.
· Masukkan rempah yang telah dicampur air untuk dijadikan pes. Goreng sampai masak.
· Masukkan sedikit air dan didihkan. Masukkan kepingan nenas, selepas itu gula, santan dan kerisik.
· Masak untuk beberapa minit dengan api yang perlahan.
· Masukkan bahan hiasan kacau dan padamkan api.


PAJERI NENAS (2)

Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:
· Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
· Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
· lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).

LEMAK LODEH

Bahan-bahan
90ml minyak makan
1 1/4 litre santan (daripada 1 1/2 biji kelapa parut)
4 keping daun salam
1 biji lobak merah dipotong, 2.5sm / 1 inci panjang
10 batang kacang panjang, dipotong 2.5sm / 1 inci panjang
2 biji kentang, dipotong dadu
1/2 biji kobis
2 biji terung
3 biji lada merah, dipotong dua
3 biji lada hijau, dipotong dua
2 keping tahu, dipotong 6
2 keping tempe, dipotong 6
garam secukup rasa

Tumbuk
15 batang lada kering
1 sudu makan serbuk ketumbar
8 biji buah keras
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
55gm udang kering direndam
1 sm lengkuas
1 sm kunyit hidup

Cara-cara
· Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
· Masukkan santan dan daun salam. Setelah mendidih masukkan lobak merah masakselama 10 minit barulah masukkan sayur yang lain.
· Setelah mendidih, masukkan tahu, rempe dan garam.

RENDANG DAGING

http://wamildin.multiply.com/recipes

Bahan-Bahan
600 g. daging lembu tanpa minyak
2 g. (2 keping) asam keping
25 g. (3 sudu besar) minyak sayuran
200 ml. (1 cawan) air
20 g. (4 helai) daun kunyit, dihiris halus
1 sudu teh garam
75 g. (½ cawan) isi kelapa untuk dibuat kerisik
2 cawan susu rendah lemak

Bahan-Bahan Untuk Digiling:
200 g. (20 biji) bawang merah
25 g. (5 sm.) halia
25 g. (5 sm.) lengkuas
2 batang serai
10 g. (10 tangkai) cili kering tanpa biji
20 g. (4 ulas) bawang putih

Bahan Hiasan:
2 helai daun salad
2 biji tomato, dihiris

Cara Cara
· Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah digiling.
· Bila garing, masukkan air dan biarkan mendidih.
· Masukkan asam keping dan diikuti dengan susu rendah lemak.
· Masukkan kerisik dan kacau sampai kering.
· Masukkan daun kunyit, garam dan gula.
· Hiaskan dengan daun salad dan tomato. Hidangkan.
-----------------------------------------------------------------------------

RENDANG MINANG

Bahan-bahan
600 g daging lembu
200 g bawang besar
50 g bawang putih
2 cm lengkuas
80 g cili api
3 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 1/2 biji kelapa, diperah santannya
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara membuat
· Rebus daging hingga empuk. Sejat air rebusan dan ketepikan daging.
· Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas, cili api, serai dan kunyit hidup. Gaul bahan dikisar tadi bersama daging hingga sebati.
· Masukkan santan dan asam gelugur di dalam periuk bersama daging. Kacau rata menggunakan api sederhana. Masak hingga pekat dan kering dan masukkan garam dan gula serta daun kunyit.

-------------------------------------------------------------------------------------
RENDANG RAMADHAN

Bahan-bahan
600 gm daging lembu
1 litre santan dari 2 biji kelapa
50 gm kerisik
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan kasar

Tumbuk
4 sudu makan lada kisar
2 biji bawang besar
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
2 sm lengkuas
garam dan gula

Cara-cara
· Masukkan daging, santan dan bahan-bahan kisar kedalam periuk dan masak hingga daging empuk.
· Masukkan kerisik, jintan putih dan jintan kasar. Masak hingga kuahnya agak kering.
· Masukkan garam dan gula. Rasa dan tambah perasa jika suka.

SOTO AYAM

sumber;http://wamildin.multiply.com/recipes

Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)

Cara memasak:
· Semua bahan A nie hendaklah direbus
· Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.

Bahan B
10 bijik bawang merah

Cara memasak:
· Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 jangan banyak sangat
· Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
· Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.

Bahan C
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.

Bahan-bahan Sambal kicap
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula

Cara:
Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
Sedia untuk dimakan

NASI BERIYANI DAGING/KAMBING

sumber;wan ngail

Bahan - bahan NASI BERIYANI
4 tin (tin susu cair) beras Basmathi
4 tin air
5 camb susu cair
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
garam
1 tangkai daun bawang, daun sadri dan daun pudina
sedikit kekuma direndam dengan air mawar dan pewarna kuning
Buah pala - mcm buah getah, kupas kulit yang kering, ambil isinya.
Minyak daripada kuah beriyani

Cara-cara
· Tumiskan bawang yang telah dikisar Masukkan air, susu, daun bawang, sadri dan daun pudina serta garam biarkan mendidih.
· Masuk beras yang telah di tos agak-agak nak kering, masukkan kekuma yang telah direndan kesemuanyanya dan juga minyak daripada kuah beriyani. tutup dan biar kan api perlahan
-------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan DAGING BERIYANI
2 kilo Daging lembu/kambing (yang fresh)
4 camb rempah beriyani (selalu beli kat Muar)
4 biji bawang besar goreng hingga garing
10 ulas bawang putih }
10 ulas bawang merah }dikisar
50 gm halia }
5 kuntum bunga cengkih ] rempah kasar
5-6 bunga lawang ] digoreng tanpa
5-6 buah pelaga ] minyak dan
2 batang kulit kayu manis] dikisar halus
1 biji buah pala kering ]
4 tangkai daun pudina }
4 tangkai daun sadri }dimayang halus
4 tangkai daun bawang }
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 camb tomato puree
100 gm kismis
150 gm gajus - digoreng
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair untuk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan Minyak Mazalo dan 3 camb besar minyak sapi untuk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali goreng rempah beriyani yang dicampurkan dengan rempah kasar yang telah dikisar halus

Cara-cara
· Potong daging jangan terlalu kecil (agak-agak dlm 4-5 inci) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama serta perap dalam 1 jam.
· Kemudian masukkan rempah yang telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng dan jagus. Biar di atas api sehingga daging empuk.
· Masukkan tairu dan biar di atas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan ambil minyak tersebut untuk dijadikan tumisan Nasi Beriyani.
-------------------------------------------------------------------------------------
NASI BERYANI SAYUR

Bahan-Bahan
½ cawan beras beriani
400g sayur campuran
2 sudu kecil serbuk perasa ayam
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk masala
garam secukup rasa
3 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
air secukupnya
daun sup dihiris secukupnya
1 batang cili merah dihiris
2 helai daun pandan

Cara Cara
· Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam bekas khas untuk ketuhar gelombang mikro. Kemudian masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras.
· Masukkan minyak sapi dan minyak.
· Kemudian masukkan serbuk masala, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang. Gaulkan sehingga rata.
· Masukkan pula garam, perasa ayam dan sayur campuran. Gaulkan lagi sehingga rata.
· Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 3 – 4 minit pada panas sederhana.
-------------------------------------------------------------------------------------
AYAM BERIANI

Bahan-bahan
1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, tomato untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis

Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cara-cara
· Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
· Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga ada bau.
· Masukkan rempah beriani, cili, bawang goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
· Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam.
· Tambah garam untuk menyedapkan rasa. Bila pecah minyak, baru padamkan api.

NASI TOMATO

sumber;http://wamildin.multiply.com/recipes

Bahan-bahan
3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz

Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi

Cara-cara
· Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka

-------------------------------------------------------------------------------------

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan
1 ekor ayam kecil dipotong 8
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tomato puree
1 sudu makan cuka
garam dan gula secukup rasa
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk
10 sudu makan lada kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
sedikit halia
6 biji gajus
4 tomato biji (kisar asing dengan gajus)

Cara-cara
· Satukan ayam, air asam jawa, bahan-bahan yang dikisar dan bahan-bahan kisar keringdan masakkan atas api hingga air ayam kering.
· Masukkan santan, daun limau purut dan serai. Kacau hingga kuahnya pekat.
· Masukkan garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.

----------------------------------------------------------------------------------
KURMA AYAM

Bahan-bahan
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong kecil-kecil)
60g marjerin
3 cawan pati santan atau 1 tin susu sejat cair
3 biji tomato (dipotong empat)

Tumbuk
1 inci halia
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar lada sulah
2 1/2 sudu besar adas
2 sudu besar jintan putih
60g buah badam/biji gajus
3/4 cawan bawang merah hiris
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 biji lada merah (dibelah memanjang)

Perasa
3 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
garam secukup rasa
air daripada 1 biji limau nipis

Cara-cara
· Pijarkan marjerin atas api yang sederhana dan tumis bahah giling selama 1 minit. Masukkan kesemua rempah kering dan goreng hingga naik baunya.
· Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar. Goreng hingga layu, kemudian masukkan ayam dan gaul hingga rata.
· Masukkan santan dan garam secukup rasa, kacau. Biarkan campuran itu mendidih, kemudian kecikan api. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 5 minut.
· Masukkan lada dan masak hingga empuk. Angkat dari api.
· Campurkan air limau nipis dan sesuaikan rasanya. Sendukkan keluar dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

--------------------------------------------------------------------------------

DALCA ISTIMEWA ALA MAGHRIBI

Bahan-bahan
4 camca besar Minyak Sawit Vesawit
Sedikit rempah penumis (pelaga, cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang)
4 helai daun kari }
2 biji bawang besar }
2 cm halia } dikisar halus
4 ulas bawang putih }
6 ulas bawang merah }
2 camca besar serbuk ketumbar }
3 camca besar serbuk cili }
1 camca besar jintan halus } disatukan
1 camca besar jintan kasar }
1 camca besar serbuk kunyit }
1 camca kecil serbuk cengkih }
1½ kg daging dan tulang kambing - dipotong sederhana lebar.
2 cawan kacang kuda (direbus sampai lembut dan ½ bahagian dimesin lumat)
1 tin buah tomato diramas halus
1 batang zuchinni dipotong lebar-lebar
2 biji terung bulat
1 batang carrot
3 biji ubi kentang
10 batang kacang panjang
10 biji kacang bendi
1 biji lada capsicum hijau
1 biji lada capsicum merah
4 biji cili hijau
3 keping asam gelugor
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan dan bawang goreng.

Cara-cara
· Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar. Bila kuning, masukkan bahan-bahan rempah.
· Tumis pada api yang sederhana sampai wangi sebelum dimasukkan daging kambing.
· Kecutkan selama 10 minit. Masukkan tomato, air secukupnya dan masak selama ½ jam hingga daging empuk.
· Setelah itu masukkan sayir-sayuran (keras dahulu, sampai empuk, baru dimasukkan sayuran yang lembut) Masukkan asam keping, kacang kuda, garam dan gula.
· Apabila semua bahan-bahan sudah masak, sajikan bersama-sama daun ketumbar dan bawang goreng.

Rich chocolate moist cake

Bahan-bahan:
6 oz (170gm) mentega
14 oz (397gm) gula kastor
3 biji telur

Bahan2 A - dibancuh:
1 sudu teh nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate atau coffee emulco / chocolate atau coffee paste

Bahan2 B - diayak bersama:
8 oz (226gm) tepung high protein (tepung roti) - boleh juga digunakan self-raising flour atau tepung kek
2 1/4 oz (64gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk

cara:


griskan loyang kek saiz 9" dan lapikkan dengan parchment paper, ketepikan
pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga gebu dan kembang. apabila di angkat adunan tidak jatuh
masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
kemudian masukkan bahan2 A tadi sambil dipukul lagi
setelah itu dengan menggunakan whisker, masukkan Bahan2 B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan whisker dengan satu arah sahaja secara perlahan2 sehingga adunan rata dan sebati
masukkan air sejuk sambil di kacau lagi sehingga sebati
tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin
bakar pada suhu 170C selama 50-60 min atau sehingga masak. suhu bergantung pada oven masing2
setelah siap keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah disapukan dengan chocolate icing
Bahan2 untuk icing:
1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau ape2 jenis minyak masakan
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

cara:

1. campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk
2. masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan menggunakan whisker
3. setelah itu masukkan garam dan esen vanila. kacau lagi
4. tak perlu sehingga adunan sampai menggelegak
5. agak2 kepekatan icing
6. bila dah puas hati dengan kepekatan icing, tutupkan api
7. biarkan icing betul2 sejuk barulah disapukan ke atas kek tadi

note: jika inginkan kek lagi moist bolehlah dikukuskan selama 1 1/2 jam dan tutupkan loyang kek dengan aluminium foil

source: k.noor hannah
-------------------------------------------------------------------------------------
Chocolate cake resepi II
Bahan-bahan:
125gm mentega - pada suhu bilik
2/3 cawan (134gm) gula pasir
1/3 cawan (43gm) gula aising
1 1/4 cawan (156gm) tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan (64gm) serbuk koko
1 camt soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 camt esen vanila

Bahan2 chocolate icing:
1 cawan gula aising
1 camb serbuk koko
1 1/2 camb air panas
1 camt esen vanila

Bahan2 rich chocolate butter cream:
50gm dark/plain chocolate - chopped
25gm unsalted butter
1/4 cawan gula aising
2 camt fresh cream

cara:


griskan tin kek berukuran 23cm atau 8 inci. ketepikan
ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat sebanyak tiga kali. ketepikan
di dalam mangkuk adunan pukul mentega gula pasir dan gula aising sehingga gebu dan ringan (apabila dikaup dengan spatula adunan tidak jatuh)
masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata
kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
kaupbalikkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan sambil dikacau rata
tuangkan adunan ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 180C selama 40-45 min atau sehingga masak
matikan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
keluarkan kek dan biarkan sejuk sebelum disapukan dengan butter cream
cara untuk membuat chocolate icing: masak secara double boiler sehingga semua bahan sebati dan tuangkan ke atas kek tadi
cara untuk membuat chocolate buttercream: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau sehingga adunan sebati. setelah itu bolehlah disapukan ke atas kek tadi
OPTIONAL: kalau sukakan kek cokelat perisa jam bolehlah dikurangkan 1/2 cawan gula pasir dan gantikan dengan 1/4 cawan jam raspberry/blackberry/strawberry dan dikuti dengan esen vanila - Step 5
source: k.ida, 1001 (cara diubah sedikit)
mintak halal daripada tuan rumah@http://noreen-homecooking.blogspot.com/2009/01/chocolate-cake-resepi-ii.html

Ikan potong cili bawang

Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri - dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng sehingga masak
2 batang cili merah & hijau - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - dimayang
1 mangkuk kecil air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

cara:


panaskan kuali dengan sedikit minyak
masukkan kedua2 cili dan kedua2 bawang, tumis sehingga wangi dan garing
tuangkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. gaul rata
akhir sekali barulah dimasukkan ikan goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati
setelah mendidih, matikan api
angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lauk2 yang lain
source: rossya

Tuesday, December 1, 2009

Ikan masak masam manis

pinjam resepi noreen uk@http://noreen-homecooking.blogspot.com/2009/10/ikan-masak-masam-manis.html

mintak halal ya..

Bahan-bahan:
1 ekor ikan - dilumurkan dengan telur putih dan tepung jagung
5 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
10 tangkai cili kering - dikisar halus
1 labu bawang besar - dipotong 6
2 biji buah tomato - dipotong dadu
capsicum - dipotong dadu
nenas - dipotong kecil atau dadu
karot - dipotong memanjang
timun - dibuang hatinya dan dipotong dadu
daun bawang - dihiris panjang
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
beberapa titik minyak bijan
1 kiub stok ayam
sedikit tepung jagung - dibancuh dengan seikit air
300ml air
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

cara:


goreng ikan sehingga garing
angkat dan ketepikan
panaskan minyak
tumiskan bawang putih, halia dan cili kisar sehingga garing
selepas itu masukkan stok ayam, sos tiram, sos tomato, minyak bijan, semua sayuran dan bawang besar
kacau rata dan tumiskan sebentar
kemudian barulah dimasukkan air dan rasa
tambahkan garam jika perlu dan serbuk lada sulah
pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung
akhir sekali masukkan hirisan daun bawang
tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi
hidangkan dengan nasi dan lauk yang lain
source: k.rossya
---------------------------------------------------------------------------------
Ikan kukus serai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu - bersihkan dan kelar2

Bahan2 hiris:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam - jika perlu
1 sudu besar sos nampla (sos ikan)

Bahan2 hiasan:
daun ketumbar/daun sup - dipotong kecil
hirisan carrot
jus limau kasturi/lemon/limau nipis secukupnya

cara:

Sediakan bekas untuk mengukus
Bersihkan ikan dan letakkan ke atas manguk kaca (tahan panas)
Taburkan bahan2 yang telah dihiris ke atas ikan tadi
Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu]
Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus
Masak/biarkan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit
Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau, perasakan
Hidangkan dengan nasi putih
source: k.hanieliza
-----------------------------------------------------------------------------
Ikan stim tiga rasa

Bahan-bahan (2 orang):
1 ekor ikan siakap - dalam 600gm
100ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan2 dicincang halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan2 dihiris halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi

Bahan2 sos:
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plam
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis


cara:


sediakan kukus
lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 min
letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air
kukus ikan sehingga masak
sementara itu panaskan minyak
tumiskan bahan2 cincang selama 1 min
masukkan semua bahan2 sos dan kacau rata
bila mendidih, masukkan bahan2 hiris, air kukusan ikan dan garam
masak sehingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi
makanlah bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an
source: puan norzailina
----------------------------------------------------------------------------
Ikan tiga rasa resepi III

Bahan-bahan:
500gm ikan bawal / ikan siakap
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar halia yang telah dicincang
1 sudu besar bawang putih yang telah dicincang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili sos
beberapa titik minyak bijan - optional
2ooml air
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
3 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar
minyak secukupnya

cara:


panaskan minyak
campurkan kedua2 jenis tepung
lumurkan ikan dengan serbuk lada sulah
sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak
toskan minyaknya dan ketepikan
setelah itu panaskan 3 sudu besar minyak
tumiskan halia dan bawang putih sekejap cukup sekadar layu sahaja
masukkan air,kecilkan api dan renehkan buat seketika
setelah itu masukkan ketiga2 sos dan kacau rata
masukkan pula beberapa titik minyak bijan dan bancuhan tepung jagung
kacaukan sebati
padamkan api dan tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi
taburkan daun ketumbar dan cili merah cincang
hidangkan bersama2 dengan nasi dan lauk pauk
source: noormasri

---------------------------------------------------------------------------------
Kung pao fillet 'o' fish

Bahan-bahan:
isi ikan merah atau ikan dori - dipotong kiub dan digaulkan bersama2 dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - diketuk
1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
air asam jawa secukupnya
5 tangkai cili kering - dipotong dua dan direndam
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 camt sos Lea Perrin & worchestershire
nenas - dipotong kiub
timun - dibuang empulur dan dipotong kiub
buah tomato - dipotong kiub
kacang gajus - digoreng sekejap

cara:


ikan yang telah siap dilumur tadi di goreng dengan minyak terendam sehingga garing. ketepikan
panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan semua jenis bawang sehingga layu
kemudian masukkan cili kisar dan air asam jawa. tumis sehingga naik minyak
setelah itu masukkan pula semua jenis sos dan tumis sehingga kuah likat dan pekat. tambahkan sedikit air jika hendakkan kuah lebih
masukkan garam dan gula secukup rasa. gaulkan sebati
kemudian masukkan ikan goreng tadi bersama2 dengan cili kering
akhir sekali barulah dimasukkan nenas, timun, buah tomato dan kacang jagus
kacaukan semua bahan supaya sebati
hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lauk pauk yang sewaktu dengannya
source: rinnchan