Powered By Blogger

Wednesday, October 28, 2009

MEE BANDUNG

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm ayam (dipotong kecil)
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan.

================================================================
Mee bandung resepi II
Bahan-bahan (2 orang):
300gm mee kuning - dicelur
2 sudu besar cili kisar
3 cawan air rebusan tulang lembu
200gm daging - dihiris halus
300gm udang basah
200gm sotong - dipotong bulat
2 keping tahu goreng - dihiris halus
100gm sawi hijau - dipotong
50gm kobis - dihiris
3 biji telur rebus
cili merah - dihiris
bawang goreng
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 tumbuk:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

cara:
panaskan minyak di dalam kuali
tumis bahan2 tumbuk sehingga wangi
masukkan cili kisar dan kacau sebentar sehingga naik baunya
setelah itu masukkan daging dan kacaukan rata
renihkan sekejap sehingga daging sedikit lembut
kemudian tuangkan air rebusan tulang lembu dan biarkan daging empuk
setelah itu masukkan udang, sotong, sayur dan sos tomato
gaulkan rata
perasakan dengan garam dan gula
masak sehingga kuah pekat dan barulah dimasukkan mee
kacaukan sebentar
angkat dan masukkan ke dalam mangkuk
hidangkan dengan cili merah, tahu goreng, telur rebus dan bawang goreng
source: chef ismail (diubah sedikit

No comments: