Powered By Blogger

Sunday, November 22, 2009

Puding Roti

umber; http://buahatimak.blogspot.com/

15 gm serbuk agar-agar
1200 ml air
300 ml susu cair
250 gm gula pasir
6 keping roti (lebih kuranglaa)
3 biji telur

Cara-caranya:

Kisar roti dengan telur (boleh tambah sedikit air untuk memudahkan proses mengisar).
Panaskan serbuk agar-agar dengan gula, susu cair dan air. Biarkan hingga ia mendidih. Kemudian masukkan roti yang telah dikisar bersama telur tadi. Kacau hingga ia mendidih dan sedikit pekat. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan ia mengeras,
kemudian simpan di dalam peti ais sblm dipotong.
ikut kreaviti sendiri camne nak cantikkan hasilnya nanti..hehe

Apam MentEGA

http://buahatimak.blogspot.com/

Kopipes dari blog DAPUR KAYU
tq kak rozie...

APAM MENTEGA

(A) Bahan2 utk gula hangus:-
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B)
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.(KALAU agak malas nak ayak tepung, sblm tuang dalam acuan bleh tapis dulu adunan tu)

Perap selama 1/2 jam.
Panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.(tapi aku buat..dia naik gak laa )

Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Kari Kepala Ikan ( Resepi Chef Liza )

sumber; http://ohhindahnya.blogspot.com/2009_10_01_archive.html

Assalamualaikum...
Maaf semua, kita tak sihatlah, dah 2 hari demam tapi sempat jugalah masak. Resepi ni dari chef idola kita iaitu chef liza zainol dari rancangan Kulinari Daisy Chef Liza semasa bulan puasa aritu. Resepi beliau nih memang ada kelainan sedikit. Tak dapat rasa masakan chef, dapat mencuba resepi beliau pun syukur alhamdulillah. Okey kita tengok resepi beliau.

Bahan-Bahan
Bahan A: 1 biji Kepala Ikan Jenahak (kita guna ikan merah)
2 potong Isi Ikan

Bahan B: Tumis
1 sudu besar Minyak Masak Daisy Blend
1 biji Tomato merah – dipotong dadu
4 ulas Bawang merah - mesin
4 ulas Bawang putih – mesin
1 tangkai Daun Kari
1sudu kecil Halba Campur

Bahan C: Campur dan sebatikan:
4 sudu besar Rempah Kari Daging
3 ulas Bawang Merah – mesin
3 ulas Bawang Putih - mesin
1 sudu besar Cili Mesin
2 cawan Air

Bahan D: 10 batang Kacang Bendi
3 biji Tomato Merah
3 cawan Santan Sederhana
1 cawan Air Asam Jawa
1 batang Daun Bawang
1 sudu kecil Garam
½ sudu kecil Gula
CARA-CARA:

Panaskan Minyak Masak Daisy Blend. Tumis tomato merah, masak sehingga lembut.
Masukkan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur, biar garing.
Masukkan bahan C yang telah dicampur, masak sehingga hilang bau rempah.
Masukkan air asam jawa dan santan sederhana.
Bila mendidih, masukkan kepala ikan jenahak dan isi ikan.
Masukkan kacang bendi, tomato merah dan daun bawang.
Masukkan garam dan gula.
Masak sehingga pecah minyak.
Siap untuk dihidang.